as of today

Assalamualaikum wbt

Hi, there! Dah lama rasanya kan tak update entri tetiba sekarang rasa mood tu ada (lebih kepada terasa free). Sejujurnya tak tahu pun nak cerita pasal apa tapi apa-apa pun boleh lah yang mana sempat cerita cewah. 

***
So, harini tadi lepas habis test yang keempat fuh (4 down 2 to go gais!), asalnya mahu ke pasar malam tub-tub hujan lebat mencurah bagai mengerti kerinduan terhadap Anis. (sobs sobs😢) Hopefully, she's doing fine there but after voice called her, she's indeed seems so bright and happy. 


Haa sambung.. 
Asalnya nak ke pasar malam tetiba terkeluar MM dari mulut Ieman and kitorg yang kat belakang ikut je sekali dengan drebar. This is our first hangout since degree without Anis uhuk. So, taraaa! (Ieman gi cari spaghetti carbonara dia dkt level 5).

 
*We still using plastic bag sebab tak nak selamatkan penyu lepas dah tengok bukti video penyu makan anak penyu lain macam kunyah ayam*

Terpengaruh dengan Ieman, sempat juga saya beli seakan sama dengan Tabung Sakura Ieman sebab sekarang ni dah ada kesedaran nak menabung. Tak ikut hari tapi ikut availability bila adanya RM5 dalam dompet. Saya cuba wujudkan Tabung Greeny aka kumpul duit hijau, bukan turquoise wui wui. Jeng jeng jeng! agak-agak bila nak penuh? saya agak bila dah grad kot HAHAHA. Btw, thanks Una tolong pilihkan tabung-tabung di DIY tadi even ended up beli dekat Kaison juga he.he.he.


Betullah orang kata, window shopping boleh buat hilang stress, penat segala sebab suka tengok macam-macam benda unik dan cantik. Cuma tulah duit tiada dan keperluan juga tidak turut serta. 

Even ada test Usul Fiqh tapi entah mengapa diri ini macam mahu memberontak secara baik (ada ke? HAHA) asyik habiskan masa dengan tidur je. Ahad tidur, Isnin tidur sampai sengaja ponteng kelas ish ish nampak kan dia macam sikit-sikit nak buat jahat, Selasa tidur lagi, harini je mcm tetiba bersalah sikit tidur 5-6 minit je gap masa before tuto land tadi. Oh, selasa tak ponteng sebab ada tuto company. Gila kah mahu ponteng? Tinggal 2 ekor jelah makhluk dalam kelas tu nanti sebab Una syakit rut-rut, saya pula sengaja ponteng (alasan: malas, boleh tampar saya berdasarkan alasan ini okay), Anis sudah terbang-bang jauh ke US.  Tapi dengan rasa bersalah sikit sebab ponteng Isnin saya datang juga hihihi. Lepas ni janji tak ponteng kecuali tak sihat ✋
*ieman suruh candid tapi lagi sengaja mahu tengok dia*

Thanks Ieman, Auni, Husna for today! and not to forget Anis there 😊. Let's prepare for the next few more hectic weeks. 

Comments

Popular posts from this blog

Sundate 💞

Recapitulate 2022

Ramadhan 2020